Babi Berwajah Manusia?

Posted by dOn 06 February 2010 0 comments


Biasa kita dengar cerita pasal manusia berwajah babi (kes-kes menguruskan jenazah) tapi kali ini kat Indonesia dikejutkan dengan fenomena babi yang dilahirkan mirip wajah manusia. Siap ada pusar rambut kat atas dahi lagi.

Kalau diteliti, anak babi ni takde la muka macam manusia sangat. Cuma dia nyaris jadi cyclop (satu mata) je. Cuba tengok betul-betul. Ini kategori ‘deformed’ dan tumbesaran dia dalam rahim tu terganggu sikit dan akhirnya tak berapa nak jadi. Tu nampak macam ada dahi, hidung mancung (memang babi hidung mancung beb..)

Dalam rahim ye tuan - tuan dan puan - puan, pembesaran tu (pertumbuhan daging) jadi dari kiri dan kanan dan bercantum di hadapan muka (sebab tu kita ada.. apa tu.. yang antara hidung ngan bibir tu..). Kes babi ni dia
terbantut sampai struktur tengkor dia tak sempat mengunjur ke hadapan.
Tu jadi macam tengkorak manusia.

Bibliografi Tuan Awang Rahim @ Pak Ben

Posted by dOn 31 January 2010 0 comments


Latar Belakang Tuan Awang Rahim Haji Awang Ali @ Pak Ben Ketua Perhubungan PAPTI Sabah
Tuan Awang Rahim Haji Awang Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ben merupakan anak ketiga dari 10 orang adik beradik kepada Tuan Haji Awang Ali Tamin dan Allahyarhamah Hajjah Juari bte Abd Rahim.

Persekolahan awal beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Mempagar, Beaufort. Kemudian melanjutkan Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia atas tajaan Biasiswa Anak Negeri Sabah. Di peringkat pengajian Tinggi ke Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1975 dan 1978 dan seterusnya ke Institusi Pertanian Bogor (IPB), Indonesia untuk program Sarjana Pertanian dalam bidang Agronomi.

Semasa di Universiti beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti - aktiviti kemahasiswaan sepertiPersatuan Kebangsaan Pelajar - pelajar Malaysia di
Indonesia atau PKPMI. Antara jawatan yang disandang adalah Setiausaha Agung dan Yang di-Pertua Persatuan Pelajar. Sekembalinya ke Negeri Sabah, beliau terpilih sebagai yang Di Pertua Persatuan Bekas Pelajar Sabah yang pernah menuntut di Republik Indonesia. Sekarang ini menjadi Ketua Perhubungan Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia atau PAPTI bagi Negeri Sabah dan juga salah seorang exco PAPTI Pusat.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian Pembangunan di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah selama 9 Tahun. Sebelum berhijrah ke kumpulan Yayasan Sabah. Sekarang ini beliau bertugas sebagai Pengurus di Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat.

Komitmen dan minat beliau dalam pembangunan belia semasa dalam perkuliahan di universiti tidak pernah terhenti dan ianya diteruskan semasa berkerja dalam
perkhidmatan awam negeri. Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Majlis Belia Sabah yang pertama. Sepanjang tempoh pengelibatan dalam pergerakan belia, beliau telah diberi kepercayaan menganggotai berbagai Jawatankuasa Pembangunan Belia di peringkat negeri dan negera seperti Biro Kebudayaan dan Sukan Majlis Belia Malaysia (MBM) 1997 - 1998 sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan dan Pelan Bertindak Belia Malaysia atau MBM 10. Di peringkat negeri, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi SANYA pusat, dari tahun 1996 - 1998. Beliau memainkan peranan penting dalam usaha Majlis Belia Sabah menganjurkan untuk buat pertama kali konvokesyen Belia Sabah kali Pertama pada tahun 1998.

Pernah dilantik sebagai Exco Maksak Negeri Sabah selama dua penggal 1994 - 1998 dan sebagai Setiausaha Kelab Sukan dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan Pertanian dan Industri Makanan Sabah dari tahun 1989 hingga 1995.Dalam bidang pertanian, selaku setiausaha Kehormat Persatuan Saintis Pertanian Sabah selama 4 penggal (1991 - 1999), banyak memberi sumbangan dalam penganjuran program - program/seminar/bengkel/kursus kepada masyarakat petani, penternak dan nelayan d seleruh Sabah. Pengalaman ini juga dikembangkan dalam organisasi K3P atau Komuniti Bestari.

Dalam pembangunan dakwah Islamiah, pada tahun 2003, telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau USIA, bagi tempoh 2003 - 2006. Beliau memainkan peranan penting dalam penganjuran Programan Menangani Masalah Gejala Sosial. Beliau pernah diberikan kepercayaan untuk menganggotai berbagai jawatankuasa kecil di peringkat Negeri, seperti salah seorang Panel Anugerah Maal Hijrah tahun 2005M, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pameran sempena Maulidur Rasul 1426H/2005M Peringkat Negeri Sabah dan menduduki Jawatankuasa Pembangunan Dakwah USAI yang merumus perancangan Pelan Strategik Gerakan-Memperkasa Dakwah USIA(Blue Print) 2005 - 2010.

Dalam konteks hubungan Malaysia dan Indonesia, beliau selaku Ketua PAPTI Sabah telah merintis usaha pertama menjalinkan semula hubungan yang terputus selama 30 tahun di antara Negeri sabah dan juga Institusi Pertanian Bogor atau IPB dengan termeterainya MOU diantara UMS dengan IPB Bogor pada 11 Februari 2008.

Melalui MOU tersebutlah pada 9 April 2008, Piagam Kerjasama IPB dan PAPTI Sabah ditandatangani yang menjrus kepada penghantaran semula secara rasmi calon pelajar dari Negeri Sabah ke IPB, melalui Ujian Seleksi yang diselenggarakan oleh IPB dengan Kerjasam PAPTI Sabah pada 21 dan 22 Jun 2009, akhirnya terpilih 48 orang calon pelajar dari Negeri Sabah untuk mengikuti Program Ijazah Kedoktoran vateriner, perikanan, Pertanian dan Perhutanan.

PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM ORGANISASI KEMASYARAKATAN DIPERINGKAT NEGERI, KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Pernah dicalonkan sebanyak 2 kali sebagai Penerima Anugerah Tokoh Belia Negeri Sabah, pada tahun 2005 dan 2007 sebagai menghargai sumbangan beliau dalam pembangunan belia.

Selain itu,Sumbangan dalam pembangunan dakwah Islamiah diiktiraf sebanyak dua kali dicalonkan sebagai salah seorang calon penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah Tahun 1426H/2005M dan 1427H/2006M.

Dari segi aspek pembangunan belia, pernah mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Belia DUnia di United Nations, New York pada tahun 1996 dan ANugerah Belia Dunia di Copenhagen, Denmark pada tahun 1995 anjuran World Asembly of Youth atau WAY. Beliau juga terpilih mewakili Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Cendiakawan Dan Ulama Islam Sedunia di Jakarta Republik Indonesia pada 23 -25 Februari 2004. Pada 27 - 29 Jnuari 2009 sebagai salah seorang delegasi Malaysia dalam Seminar International Tajdid Pemikiran Islam di BUkittinggi, Sumatra Barat, anjuran Yayasan Dakwah Malaysia - Indonesia (YADMI).

Pernah dilantik sebagai salah seorang EXCO di peringkat kebangsaan dalam organisasi Badan Permuafakatan Pendidikan MARA atau MUAFAKAT, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bg tempoh 2001 - 2003. Sekarang ini diberi kepercayaan menganggotai salah seorang ahli jawatankuasa Pendidikan Negeri mewakili PAPTI Sabah.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Kerajaan Negeri Sabah telah menganugerahkan Bintang Setia Kinabalu (BSK) pada tahun 2001 dan Bintang Ahli Darjat Kinabalu (ADK) pada tahun 2005 oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah

Sumber : VIDEO MENGENALI PAK BEN YS

Berapa bulan haku tinggalkan blog ku dengan langsung tak berupdate.
Oleh kerana skrang neh sua masuk ke kolej yayasan sabah di harapkan akan dpt banyak idea tuk mengupdate. Setelah setengah jam berjalan2x mencari baju dengan bantuan pak cik google akhirnya haku terjumpa juga dengan baju yang berkenaan di hati. Nama baju nieh ialah baju MobiPress namun selepas mencilok dari kedai yg bernama cahayabiru.com (website scarlett yg sblm pun di ambik dari ctue) haku mengubah suai serba sedikit dengan tema ini. So, tengah la perubahannya d bawah ini. Sebelum dan selepas =P




Sebelum




Selepas

Orientasi at Kolej Yayasan Sabah

Posted by dOn 28 January 2010 0 comments

Orientasi at Kolej Yayasan Sabah



WARNING ENTRI PANJANG !
Ok.. Last 2 Orientasi Kolej Yayasan Sabah bermula 10 / Jan / 2010. Haku dah start masuk dalam asrama dari 5 / Jan / 2010. About asramanya, hurm.. Dormnya ok katil n tilam 4 Star tapi apa yang menghampakan locker mcm sarang tikus tandas tersumbat sana sini.. x.x ..Ok lawh, Story orientasi neh bermula pada 10 / Jan / 2010

10 / Jan / 2010
Seawal jam 4.30 Pagi lagi haku dan kawan ku dah bangun untuk bersiap sedia memulakan hari pertama orientasi. Tepat pukul 5.30 Kami solat subuh beramai. Pada hari pertama, bilangan jemaah untuk solat jemaah amat mengembirakan para warden. Kemudian, jam 6.30 Pagi kami memulakan aktiviti riadah pagi, hanya dengan jogging sekililing Hostel dan warm up. Selepas itu, bersarapan pagi. Tepat pukul 9 pagi, kami diminta untuk berkumpul d bawah canopy. Berita yang amat menghampakan, segala barang2x elektronik atau berharga terpaksa di simpan oleh warden. Jam ? HP ? Laptop ? dan segala2xnya.. Bermulalah kerisauan para pelajar. Ada yang risau sebab tidak tahu macamana utk bangun pagi sebab hampir kesemuannya menggunakan HP sebagai ALARM untuk bangun pagi. Ada jugak yang risau tidak dapat bersms dengan si DIA :P. Dengan perasaan berat hati, semua pelajar menyerahkannya. Begitu begini, acara menyerahkan harta benda tamat pada pukul 12 tengahari, diikuti dengan makan tengahari dan solat zuhor. Acara seterusnya ialah acara riadah petang (Actually haku lupa apa yg di buat time neh..). Makan Malam bermula jam 5.45 Petang dan diikuti jam 6 acara untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk solat Maghrib n Isyak serta acara malam..

11 / Jan / 2010
Bermula la adegan ndak terbangun awal ketika ini. Majoriti pelajar bangun ketika siren pukul 6 lebih untuk berkumpul untuk aktiviti Riadah. Sepanjang orientasi neh. Haku terbangun awal 15 minit sebelum siren berkumpul.. So, kata orang haku sempat lagi tuk mandi dan bersiap sedia tuk aktiviti riadah pagi. Jadualnya semua sama dengan di atas.. Oleh kerana segala aktiviti langsung tidak mencabar. So, haku pown ndak ingat game apa yg d main ketika itu.

12 / Jan / 2010
Hanya satu perkara yang best ketika 12 / Jan neh, iaitu, acara jungle treking. Sungguh teruja bila haku mendengar aktiviti neh. Aktiviti neh bermula jam 2 Petang. Dengan keadaan cuaca yang agak mendung membuat diriku tidak sabar untuk mengikuti aktiviti neh. Selepas briefing ringkas, kami KUMPULAN 3 pown dengan semangatnya memulakan. Lokasi pertama sungguh membuatkan ku lebih teruja sebab kami sudah memasuki hutan.. Namun, perasaan teruja mula kabur apabila cekpoint pertama sudah berada di kaki lima campus KYS di Likas. Checkpoint pertama mencabar kami dgn flying bed. Syarat2nya tidak boleh terpijak simen dan air yg dipegang tidak boleh kurang @ tumpah. Ketika ini, markah kami di tolak kerana 2 kali tilam kami terbang jauh. terpaksa pijak simen. Diteruskan ke checkpoint ke 2 yg jaraknya mungkin hanya 800 meter di hadapan. Di checkpoint ke 2 merupakan part yang paling senang sbb hanya menjawab soalan tentang pengetahuan KYS. Diteruskan lagi ke checkpoint ke 3. Disini kami disuruh jalan itik dan jalan meniarap di bawah kerusi dan memungut sampah. Langsung tidak mencabar. Tetapi di checkpoint ke 4, Cabaran mula meningkat apabila kami di suruh masuk kedalam kolam hingga paras leher. Habis segala kasut, Seluar dan baju berendam. Bau Kolam! Kemudian kami di kehendaki tuk membuat roti gulung di Pasir.. Nasib kumpulan di depan kami lambat tuk menghabiskan tugasan yang diberikan. Sempat lagi kami menjemurkan diri untuk mengering baju..Haha!.. So lepas jak kami dari checkpoint 4, kami meneruskan untuk ke checkpoint terakhir iaitu checkpoint ke 5. Malas mo ckp di checkpoint 5. membuat haku panas jak nnt.. =P. So, semuanya pown berakhir kira2x jam 5.30 kami antara kumpulan terawal mempercepatkan langkah untuk membersihkan diri (mandi lebih 10 minit time neh sbb masuk kolam n berguling atas pasir) dan kemudian makan malam serta solat maghrib dan isyak dan seterusnya aktiviti membuat logo kumpulan ndak silap..

13 / Jan / 2010
Seperti 11 / Jan / 2010

14 / Jan / 2010
Hari2x terakhir orientasi, dimalam terakhir ini kami diminta untuk membuat persembahan dan kumpulan kami diminta untuk membuat pentomen pak pandir dan ayamnya. So seawal jam 9 Pagi kami sudah praktis dan jam 2 nnt adalah saringan. Siapa jadi pak pandir ? Nasib baik ianya pentomen, dan tiada siapa yang rela dan tiada siapa yg sporting mo ambik watak pak pandir. Dengan sukarelanya haku menampilkan diriku =P . Oleh kerana haku menjadi watak utama, haku hanya mengatakan kepada mereka. Jangan marah kalau kita kalah, sebab kita satu kumpulan akan melakukan pentomen untuk membuat para penonton tertawa dengan aksi kita dan mengenang kita dan yang paling penting kita mesti happy. Ketika inilah muncul idea tuk menjadikan pentomen pak pandir ini dalam versi moden. So, pada pukul 2 maka mula lah beraksi para kumpulan. Antara yang paling haku suka antara semua dan ingin menyertainya ialah Tarian Moden.. Memang geram tengok dorang menari. Haku pown mo ikut sekali.. Dan, diakhir keputusan.. Pada mulanya hanya 5 kumpulan yang terpilih tetapi atas permintaan ramai ms2x n sir2x sbb mereka ingin melihat sekali lagi PAK PANDIR (HAKU LA TOE) membuat persembahan shuffle walaupun sikit dibhgn akhir2x pentomen dan membuat yg terbaik. Sungguh terharu byk gak yg maw tgk =P. So, pada malamnya di mulakan lawh. Kira2x jam 8.30 Persembahan kumpulan bermula dan kumpulan kami ialah kumpulan yang terawal. Haku dengan sepenuh perasaan menghayati watak pak pandir walaupun bukan hanya pentomen dan akhirnya di saat2x akhir haku pun membuat persembahan( ndak tau siapa bagi bocor rahsia yang haku dapat num 2 dalam sukan saga dalam pertandingan shuffle toe hari). Dipendekkan disebabkan entri ini panjang seperti membuat novel. Kumpulan kami mendapat tempat 3 keseluruhan dan selepas acara itu harta benda kami di kembalikan dan semua pelajar bagaikan mendapat nyawa kembali apabila HP berada di tangan.. haha..

15 / Jan / 2010
Orientasi Tamat dan para pelajar Diploma mendaftar subjek di Kampus Sembulan serta pertukaran asrama

TAMAT

Selamat Tahun Baru 2010

Posted by dOn 03 January 2010 1 comments

Selamat Tahun Baru 2010 Semua..
wow.. lama sungguh haku meninggalkan blog neh tanpa sebarang update..
Penulis bukan tak nak mengupdate.. tp kehabisan idea kerana 24 hours stay at home =P (kononnya la)

So, 4 Jan sudah buka sekolah, tapi haku pula memulakan hidup baru bermula 4 Jan.
4 Jan haku masuk kolej yayasan sabah. Diharapkan haku akan jadi blogger tegar. hehe..

I wish di KK dapat berjumpa dengan mentor ku =P

tata... Goin' Off.. See u all.

p/s : haku ambik Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di Kolej Yayasan Sabah.



Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 =)

Posted by dOn 20 September 2009 1 comments



"Ramadhan al - Mubarak telah meninggalkan kita.. Syawal kini pula menjelma"
Mesti semua orang sibuk tengah berhari raya nie kan ? Tapi ditengahkan kesibukan toe semua orang toe, haku menyempatkan diri untuk mengupdate blog ku yang seberapa ini. ( Sori e - kad raya di buat tanpa penghalusan terhadap pengeditannya ) Ok la.. Disini haku mo senaraikan siapa yang mengsms atau mengcall mengucapkan selamat hari raya kepada ahmaddon91. Sebab jarang orang buat mcm gnie.. So haku nak buat la pulak. =) Ucapan mula di terima pada 18 September 2009. Dimulakan dengan

Tn.Hj.Salsidu
Zeno ( dari sandakan )
Dato'Tawfiq
Din ( dari sandakan )
Kawan - kawan yang berbangsa cina dan melayu di Online Game Steps
MvP_OuTLaW 1,2,3,4,5 Clan di Blackshot Online
Mussyawal ( dari Tawau )
Farock bukan nama sebenar ( TBU )
Cikgu Kholik ( Cikgu BM d SMTT )
Awil ( dari Lahad Datu )
Sakura ( dari sandakan )
Zafrin & Al - Umar ( Tawaukini )
Faiz ( dari sandakan )
Ustaz Khusairi ( Ustaz SMTT )
Ai Rin ( dari Tawau )
Azza ( dari sandakan )
Vunirene ( dari sandakan )
Honghong ( dari sandakan )
Henn ( dari sandakan )
Ah cheng, Xichung, Chun ( dari sandakan )
My Chinese friend ( dari KK )
Last Update 11.30 PM 19 September 2009
MORE SOON


Cepat2x Siapa yang mo masuk list toe. Boleh la sms atau call sebelum 23hb


Assalamualaikum WBT, sudah sekian lama haku ndak mengupdate blog nieh. Agaknya mesti ada tertanya - tanya kenapa haku lama ndak mengupdate blog. Apa tidaknya. Pulang jak haku ke Sandakan pada 14/09/09 kesibukan mula melanda. Ok Stop. Cerita pasal selepas haku pulang ke sandakan toe akan masuk ke dalam part 2 nnt. Sekarang nieh mo cerita sebelum majlis berbuka puasa bersama PM dan semasa berbuka.

Cerita bermula pada 12/09/09, iaitu bersamaan dengan hari sabtu dimana haku sampai ke Tawau kira - kira jam 2 petang. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 6 jam toe di tukar pulak ke 7 jam disebabkan masalah yang dihadapi oleh bas toe. Sabar jak lah. Setiba haku di Tawau, 2 orang kawan ku (Olan n Fazriel) sibuk mengsms dan mengcall haku sama ada jadi atau tidak jadi aktiviti kami untuk berbuka puasa. So, dipendekan cerita.

Dalam perjalanan ke bandar, kami bertiga sibuk berbincang tentang destinasi yang akan dipilih untuk berbuka puasa. Oleh kerana haku jarang bersama mereka, so keputusan memilih tempat toe terletak ditangan ku. haha. Bermacam - macam tempat haku sebut. Antaranya Empire, Kongfa, ABC, Highway, Pizza, KFC, Sri keningau dan kayu manis. Tapi akhirnya haku mengambil keputusan untuk berbuka di restoran singgah selalu disebabkan haku terlalu rindu dengan nasi goreng ayam salad. =). Dipendekan lagi ceritanya.

Keesokan harinya, iaitu 13/09/09, hari yang dinantikan. Haku bangun jam 10.30 pagi dan bersiap untuk berjalan. Sememangnya aktiviti sudah dirancang. Pukul 11 kawan ku (Mussyawal) datang mengambil haku kerumah. Dia lah orang pertama yang menempah diriku sebelum haku datang ke Tawau. Kami terus kerumahnya. Tujuan dia menempah haku ialah untuk membaiki laptop mac apple nya. Nasib baik OS nya windows XP, so senang sikit haku merepair. Dipendekkan lagi cerita, kami bergerak ke estern plaza untuk berjumpa dengan kawan - kawan kira jam 1. Setibanya di estern plaza keadaan mula sesak. Iskh3x, baru haku ingat yang kebanyakan tetamu kehormat tinggal di hotel promenade toe. Trafik di sana sini. Ninja2x king yang berdouble parking menyebabkan keadaan lalu lintas agak jem ketika itu. Selepas toe, kami bertolak ke bandar ketika itu pukul 1.45. Disebabkan keadaan agak jam. Dari estern plaza ke Sabindo Plaza mengambil masa lebih kurang setengah jam lebih.

Haku terlewat ketika itu, rakan2x TBU pun sudah menunggu di dalam. Setiba jak haku disana, kami bergerak ke Masjid Al - Kauthar. ketika berada di pintu masuk masjid, kami menanya dengan penyambut tetamu. 1st, pakcik toe cakap meja kami d khemah tengah. Setiba di meja tengah kami menanya lagi di mana meja kami. Cari punya cari, akhirnya kakak toe bilang meja TBU ada di dalam. Masing - masing di dalam kepala kami berfikir, biar betul kami punya meja di dalam. Kami pown masih tidak percaya bahawa meja kami di dalam. So selepas solat asar, haku dan junaidi pown mencari meja kami di tempat VIP. Syukur Alhamdullilah. Memang betul meja kami di dalam. Siap tertulis di kertas di meja toe " TAWAU BLOGGERS ". Keresahan kami mula redha.

PM sampai pada pukul 5 lebih ke masjid al-kauthar. Oleh kerana haku tengok keadaan keselamatan di kawal ketat. Memang agak susah untuk haku mengambil gambar mengikut para reporter. Bermula dengan ucapan yang dimulakan oleh Datuk Tawfiq. Haku dan junaidi memulakan operasi mengambil gambar. Kesana kemari untuk kami mencari angle. Memang ssh. Cuma junaidi jak yang dapat mengambil gambar yang ok. Akhirnya, haku teringat ngan pu3 libaran yang berada di dpan. hoho. Dapat lah haku mengambil gambar walaupun angle ndak seberapa.

To be continue in part 2.

Cerita selanjutnya tentang berbuka puasa dengan PM.
Boleh la lihat di sini
Adry Blog
Tawaubloggers


Terletak di atas Bukit Jalan Istana tersergam indah di belakang perbandaran Sandakan sebuah rumah kerajaan peninggalan bekas pemerintah kolonial British yang dipanggil ‘Newands’. Rumah ini satu masa dahulu pernah dihuni oleh seorang yang sangat terkenal iaitu Agnes Newton Keith.

Pada tahun 2001, Jabatan Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti telah memulakan kerja-kerja restorasi terhadap rumah tersebut dan merupakan tanggungjawab yang sangat mencabar sekali. Rumah ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 26 April 2004 iaitu sebuah anugerah Sabah kepada pemenang pengarang Amerika dan ini telah menandakan bahawa proses pengisytiharan anugerah itu telah sampai ke mercu kemucaknya.

Sejak dulu lagi beliau dikenali dengan bukunya yang pertama bertajuk Sabah ‘Land Below The Wind’, Agnes Newton Keith tentunya terharu atas anugerah daripada Kerajaan Malaysia ini sebagai memperingati jasanya iaitu membaik pulih dan menghidupkan semula nostalgia rumah bekas kediamannya serta menamakan rumah tersebut sempena dengan namanya iaitu Agnes Newton Keith.

Buku karyanya yang bertajuk ‘Land Below The Wind’ telah membuatnya terkenal pada tahun 1939 dan buku ini juga telah memasyhurkan Sabah sehingga ke hari ini. Buku ini ditulis secara jelas dan penuh jenaka, buku ‘Land Below The Wind’ juga menceritakan mengenai kehidupan terutama di kalangan masyakat tempatan, semasa pemerintahan British.

Selepas itu banyak dua buku lagi menyusul selepas kejayaan hasil karyanya yang pertama iaitu ‘Three Came Home’ pada tahun 1946 dan ‘White Man Returns’ pada tahun 1951. Kedua-dua buku ini telah ditulisnya di rumah yang terletak di kawasan dataran atas bukit di mana kelihatan pemandangan Teluk Sandakan serta lautan Sulu di belakang rumah berkenaan.

Rumah kayu ‘Newlands’ ini telah dibina semula di antara tahun 2946-1947 dan merupakan rumah kerajaan yang pertama diperbuat daripada kayu dibina selepas Perang Dunia Kedua.

Pembinaan dilakukan semula selepas tapak asalnya musnah akibat peperangan. Agnes Newton Keith dan suaminya Henry (Harry) George Keith seorang Konservator Hutan dan anaknya George menetap di rumah ini selepas ia selesai dibina semula. Namun Harry, telahpun berada di Sabah sejak tahun 1925 dan telah berkahwin dengan Agnes pada tahun 1934. Mereka menetap di rumah terletak di atas bukit ini sepertimana yang diungkapkan oleh Agnes bahawa adalah menjadi impiannya untuk menetap di sebuah rumah yang terletak di kemuncak bukit.

Keluarga Keith telah meninggalkan Sabah pada tahun 1952 dan tidak kembali lagi. Rumah ini telah didiami oleh pengganti baru iaitu Konservator Hutan, pegawai perhutanan, pekerja sukarela dari luar negara dan lain-alin lagi. Rumah berkenaan sering kali digelar sebagai ‘Rumah Agens Keith’ oleh para pelawat yang berkunjung ke rumah berkenaan.

Kebanyakan daripada mereka menganggap bahawa rumah ini sudah melambangkan ‘Agnes Newton Keith’ serta mengaitkan keadaan masa lampau. Para penduduk tempatan sehingga kini juga menganggap beliau sebagai ‘duta’ kepada melalui hasil karyanya. Sehingga kini buku tersebut masih lagi dibaca di seluruh pelusuk dunia.

Dalam pada itu, kepada mereka yang belum lagi melawat rumah Agens Keith ada boleh berkunjung ke rumah berkenaan. Masa pembukaannya bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Bayar masuk RM2 seorang kepada pelawat tempatan manakala pelancong asing dikenakan bayaran RM15 seorang.



Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira walau dimana anda berada.

Selamat Berpuasa

Posted by dOn 23 August 2009 1 comments

Selamat Berpuasa di bulan ramadhan al - mubarak ini dari ahmaddon91 :)



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Official 18

Posted by dOn 18 August 2009 2 comments



Blog ku dah dah bersawang labah - labah. Semenjak dari Ibu Sawat Telekom Terbakar, haku semakin malas mo buka blog atau apatah lagi mengupdatenya. Sehari selepas Semenjak dari Ibu Sawat Telekom Terbakar haku demam, sakit tekak, migrain (it's not H1N1 ok). Ada seminggu la haku demam. Then, migrain plak yang berterusan sehingga minggu lalu. Pas jak baik, haku mcm hilang semangat berblog. Tengok sajalah entry terakhir pada 25 July Sampai sekarang 18 Ogos. Kenapa haku update hari nieh? Hurm.. Hari nieh lah haku lahir iaitu 18 Ogos tahun 1991. Maksudnya 18 Ogos 2009 = 18 Tahun Ok, sepa mo bagi haku hadiah nieh? hurm kalau boleh laptop baru la.. Sony vaio ka.. DSLR ka.. ok gak toe hehehe . Oleh kerana haku sudah official 18, haku mo kembalikan semangat ku berblogging. Di tambah lagi dengan kedua2x kakak ku pown mo berblogging. Kakak ku yang pertama mo berblogging pasal masakan n yang kedua mayb about her life. Ok la. Will be updated Soon. :)

Dari info yang terkini yang haku dapat. (Bantuan Pak Cik Google)




Filipe Massa dalam keadaan stabil dan ketika beliau dibawa keluar dari kenderaannya, beliau masih lagi dapat menggerakan lengan serta jarinya sebelum dibawa menaiki helikopter ke pusat Perubatan Hungaroring.

Kemalangan berlaku apabila spring dari kenderaan Rubens Barrichello's Brawn GP terbang@terlepas(actually haku ndak pasti yg nieh) lalu terkena helmet Filipe Massa.






Ok la.. nieh jak... haku pown sebenarnya ndak taw mo tulis apa... ngee~
korang nak cilok photo filipe massa accident yang haku upload toe? bha.. cilok jak... haha... haku pown ambik dari pakcik google...
ADIOS

KURSUS FOTOGRAFI @ TAWAU

Posted by dOn 17 July 2009 3 comments

TARIKH : 14 OGOS – 16 OGOS 2009

HARI : JUMAAT (MALAM) – SABTU DAN AHAD (PAGI)
TEMPAT : TAWAU – SEMPORNA – PULAU MABUL

YURAN : RM300.00 SAHAJA (PENGINAPAN, MAKAN-MINUM, PENGANGKUTAN KE PULAU MABUL,
SIJIL DAN HADIAH MISTERI)

TENAGA PENGAJAR : 3 JURUGAMBAR PROFESSIONAL DARI SEMENANJUNG MALAYSIA
rujuk : http://www.fotoimpian.com, http://www.albumprima.com

antara penyumbang artikal dan gambar untuk majalah pengantin..

FOKUS KURSUS :
1. PENGENALAN ASAS FOTOGRAFI
2. FOTOGRAFI 3D
3. WHITE BALANCE CONTROL
4. COMPOSITION
5. EXPOSURE CONTROL
6. BASIC LIGHTING USING SINGLE FLASH
7. ASAS PEMBIKINAN CUSTOM ALBUM
8. MENJANA PENDAPATAN DENGAN FOTOGRAFI
9. TEKNIK HDR
10. SESI OUTDOOR KE PULAU MABUL
11. Pre wedding…pakaian tradisonal

SASARAN PENYERTAAN: MAKSIMA 15 ORG

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 Ogos 2009

BERMINAT SILA HUBUNGI :
AZIZ : 013 – 55 666 89 – TAWAU
MEJ : 013 – 5414 775 – TAWAU
PAK SU : 019 – 227 5577 – K.LUMPUR
MIKE : 019 – 802 3121 – K. KINABALU
ND : 019 – 587 2121 – TAWAU

DIPOSIT RM150.00
BAYARAN PENUH RM300.00 SAHAJA

rujuk maklumat terkini di http://www.albumkasih.com



Cerita bermula jam 7.30. Haku dah setkan jam 6 tuk bangun tapi ntah macamana haku boleh terlanjak sampai jam 7. Lepas toe, rushing lawh pigi mandi n bersiap al-maklum lah majlis pelancaran start jam 8.30 takut terlambat plak lagipown haku tengah bersemangat tuk membuat liputan. Begitu begini dekat jam 8.10 baru sampai padang bandaran sandakan. wew. nasib awal masih boleh haku g ronda - ronda kejap. Apabila kaki ku menjejaki lorong pertama booth toe, haku rasa mcm haku bukan di sandakan, sebab suasananya begitu meriah sekali ku rasa. Setiap booth dorang hias dengan kretiviti dorang. memang mantap lah. Tahniah kepada pakcik ku n the crew sbg co penganjur (majlis perbandaran sandakan) sbb berjaya membuatkan expo semeriah toe.



Selesai meronda kira - kira jam 8.35 pagi. haku rasa belum puas lagi tuk meronda sebab haku hanya sekilas pandang jak booth2x disitu. Kemudian, pengacara majlis mengumumkan yang CM akan datang tidak lama lagi. jadi haku terus bergegas ke pintu utama tempat CM datang. 5 minit selepas pengumuman, CM pown sampai. Time nieh salah satu part yang agak susah utk menshoot gambar. Yerw lawh, kamera digital mana lawh sepantas DSRL menshoot. Tapi takpa yang penting dapat menshoot.



Lepas jak CM naik pantas, haku tersilap langkah. Sepatutnya haku ke kiri ( ke arah menara MPS) tuk para reporter, tapi haku pigi plak ke kanan. Terpaksa lah haku berpusing dari belakang astaka. Polis n rela pown dengan selamber melepaskan haku masuk. Then, haku start merakam ucapan Datuk Panglima Yahya Husin Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Lepas toe, time ucapan perasmian oleh CM haku dapat salinan teks ucapan beliau. Sehinggalah part 2 yang sukar bagi ku iaitu menshoot gambar(lagi??) ketika penyampaian anugerah HPPNS 2009. Boleh dikatakan 75% peratus dari gambar yang d shoot toe time penyampaian anugerah toe dikategorikan sebagai gambar rosak. Apa ndaknya, banyak betul lens atau external flash yang tersnap sekali.



Lepas toe, jamuan ringan. Haku terdengar yang media dipanggil masuk (untuk menshoot gambar didalam khemah VVIP). Then, haku pown masuk lah. Tetiba haku ditahan plak oleh bonzer. Bonzer toe ckp, bdk2x ndak boleh masuk. Aduh, mentang - mentang rupaku mcm budak2x. Lepas toe, haku cakap haku media dari TK. lepas toe bonzer toe lepaskan. Then, haku d tahan lagi oleh polis. Kali nie ditanya pasal kad media. Adus. dengan sepantas kilat haku jawab "kad media kami dalam proses pembuatan. ini name card saya." Then, polis toe pown lepaskan. Lega rasanya.



Kira2x setengah jam lah juga para VVIP menjamu selera. Haku jz menunggu diluar, sebab menurut aturcara yang haku dapat. Lepas jak jamuan, CM akan melawat ke pameran2x. Tapi, rupa - rupanya sebelum sesi melawat ada sesi press conference. Haku dapat gak masuk ke press conference. Tapi tetiba haku perasaan masa kat dalam toe yang notebook ku ntah hilang kemana. Aduh. Dalam hatiku "macamana nieh. Mana boleh haku ingat smua yang dickp. hurrrmmmm...". Terlintas difikiran ku yang HP ku nieh boleh merecord sound. huhuhu. Dengan sepantas kilat haku meletakkan HP ku d atas meja.



Selesai jak time press conference toe, CM terus pergi melawat ke pameran2x. Time nieh lawh haku rasa part yang paling ssh dan paling memenatkan. Apa ndak, perkara pertama tuk mengejar ke booth sebelum CM sampai. perkara kedua, kesusahan untuk menshoot gambar(lagi??).Mcmana ndak susah, dalam keadaaan yang bersesak2x ditambah lagi dengan kameraman dan media lain. banyak gambar yang rosak gak time nieh. dan ada gak yang CM tengok kamera ku time menshoot gambar. macamana haku taw CM tengok kamera ku time gambar dishoot? sebab.. kadang kala haku ambik dari angle yang berbeza dari para media dan kemeraman lain. ya lah.. ndakkan lagi maw bersesak ngan dorang.. Walaupun kata org haku sorang jak yg sudut berbeza. tapi CM tgk kamera ku.. huhuhuhu.. nieh dikira sebagai satu kenangan indah dalam hidup ku.



keesokan harinya iaitu majlis penutupan. Time nieh lawh haku berjalan2x meronda2x sehingga puas. Walaupun banyak booth yg sudah mengemas2x yg ready tuk balik tapi banyak gak info - info yang haku dapat dari pameran - pameran tersebut. :) ok lah. Adios









Blog Ku berbaju baru...

Posted by dOn 05 July 2009 0 comments



Baju baru nie baru jak haku ambik kat kedai cahayabiru.com. Baju baru nieh bernama SCARLETT yang di design oleh Jinsona. Dengar2x templete nieh di culik dari wordpress lalu di convert ke blogspot. Memang agak sukar untuk memahami baju baru nieh, sbb ianya agak complicated cket. BTW, enjoy my new baju.